Sunday, 3 April 2016

GURU LAKSANA TUGAS DAKWAH

Proser melakukan kerja-kerja dakwah bukan perkara mudah biarpun menjadi tanggungjawab semua orang.  Terdapat pendekatan dakwah yang berkesan perlu dipelajari dan diamalkan dalam melaksanakan tugasan dakwah.    

Sesungguhnya tugas penting ini tidak terlepas daripada menghadapi cabaran, tambah lagi dalam situasi sekarang yang mana dunia tanpa sempadan serta usaha pihak-pihak tertentu yang ingin menghancurkan Islam melalui serangan pemikiran.  Pendidik berperanan mendidik pelajar berdepan cabaran tersebut.     

Dalam semua keadaan, kita tidak terlepas menghadapi cabaran. Namun, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apa yang penting ialah usaha dengan pendekatan yang susuai untuk mengatasinya.

Dakwah tidak hanya disampai melalui ucapan atau kata-kata. Dakwah juga boleh disampaikan melalui tulisan, perbuatan dan contoh.  Justeru, guru mempunyai pelbagai cara untuk melaksanakan dakwah bukan saja kepada pelajar, bahkan kepada masyarakat umum. Terdapat beberapa kaedah boleh dilakukan oleh guru untuk melaksanakan dakwah iaitu,

Sedia diketahui, tugas utama guru ialah mengajar matapelajaran di bilik darjah. Setiap guru ada matapelajran khusus dan pilihan yang dipertanggungjawabkan mengajar pelajar.

Bagi guru yang mengajar matapelajaran berkaitan ibadah dan pengetahuan Islam, tugas dakwah tidak sukar dilaksanakan.  Ia sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab dan sukatan pelajaran yang ditetapkan. 

Dalam kontes ini, guru berkenaan perlu melaksanakan dengan penuh dedikasi bukan saja bertujuan untuk pelajar lulus peperiksaan, tetapi tidak kurang pentingnya ialah untuk dijadikan amalan kehidupan seharian. 

Sesungguhnya setiap ilmu yang dipelajari adalah untuk diamalkan. Ilmu yang dipelajari tetapi tidak diamalkan tidak memberi manfaat umpama seperti pokok yang subur tetapi tidak berbuah. 

Hari ini banyak pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang, tetapi bankrap moralnya.  Kita gagal menghasilkan rakyat minda kelas pertama.

Bagi guru yang mengajar matapelajaran tiada kaitan dengan agama, mereka masih berpeluang melaksanakan dakwah.  Sesungguhnya semua pengetahuan mempunyai kaitan dengan agama.

Contoh pelajaran sains juga mempunyai kaitan dengan agama kerana ia adalah ilmu yang berkaitan dengan apa yang dicipta oleh Allah. Dengan itu, guru sains perlu bijak bagaimana hendak kaitkan sains dengan dakwah. 

Antara yang boleh dikaitkan ialah kekuasaan Allah mencipta alam ini. Pelajar perlu berasa apa juga yang berlaku di sekeliling ini adalah kuasa Allah dan sekaligus meletakkan diri semakin hampir kepada-Nya. 

No comments:

Post a Comment