Friday 8 September 2017

Sultan dibunuh untuk runtuhkan kuasa raja

Sultan dibunuh bertujuan meruntuhkan kuasa raja. Rakyat terpedaya dengan slogan 'Ketuanan Rakyat' sehingga lupa kepentingan institusi raja yang memayungi rakyat. Inilah sejarah berkubur institusi raja di Indonesia. 

Nasib baik perkara sama tidak berlaku di Malaysia. Namun, itu bukan satu jaminan ia akan terus kekal jika rakyat terpengaruh dengan hasutan pihak yang layak dipanggil pengkhianat agama bangsa.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak prokomunis yang dibantu oleh buruh ladang dari keturunan pendatang. 

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan prokomunis mula menguasai parti politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia (PKI).

Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa. Turut dimusnahkan berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Pencipta fitnah mengambil kesempatan ketika rakyat Indonesia begitu bersemangat untuk mencapai kemerdekaan dari Belanda.

Pihak pengkhianat mencipta 'isu' untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap raja. Ketika itu, fahaman komunis juga kuat di Indonesia. Pemimpin prokomunis mengambil kesempatan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa sultan dan bangsawan.

Lalu, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. 

Selain itu, isu bahawa Raja-raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Pada 3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang berfahaman komunis menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, dilakukan oleh orang ramai yang prokomunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. 

Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenal pasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.

No comments:

Post a Comment